Tuesday, 31 May 2011

Nafsu Mutmainnah  bererti jiwa yang tenang adalah salah satu sifat yang terpuji (mahmudah)yang perlu dikejari, dimiliki dan dihayati oleh setiap individu. Ia merupakan kedudukan nafsu yang tinggi selepas Nafsu Lawwamah dan Nafsu Mulhamah.
Sabar adalah salah satu  sifat yang mendorong kepada terhasilnya Nafsu Mutmainnah. Yang dimaksudkan dengan sabar di sini ialah sabar dari melakukan maksiat, sabar dalam melaksanakan ibadat  dan sabar dalam menempuh segala ujian dalam kehidupan.
Hakikat sabar ialah menahan diri daripada marah terhadap sesuatu yang tidak disukai dan menahan serta memelihara lidah daripada mengadu kepada selain daripada Allah.
Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sifat sabar dalam semua situasi baik dalam melaksanakan amal ibadah, meninggalkan kemaksiatan walaupun nafsu amat menyukainya, sabar (yakni bersyukur) ketika mendapat nikmat mahupun ketika ditimpa musibah.
                Wahai orang-orang yang beriman, dapatkanlah pertolongan Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar”                                                                                                                                                                               (Surah al-Baqarah, 2:153)
Maksud daripada firman Allah:
                “Wahai (orang yang mempunyai) jiwa-jiwa yang tenang(mutmainnah),kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan kamu redha (dengan ketentuan Allah) dan Allah pula meredhaimu, masuklah ke dalam kalangan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu”                                                                                                                                      (Surah al-Fajr 30:28-30)
Betapa cantiknya sifat sabar jika diamalkan lantaran telah ditunjukkan penghujung jalannya oleh Allah SWT kerana sabar itu adalah satu perbendaharaan daripada perbendaharaan syurga dan dijanjikan kepada hambaNya yang berjiwa `Mutmainnah’ di dunia.
Setelah kita diwarwarkan sedemikian dan masih diberi kesempatan dengan ruang dan peluang, patutkah kita mengabaikannya? Ayuh, sama-samalah kita berusaha mendapatkannya selagi hayat dikandung badan, selagi mentari belum terbit di ufuk barat.

0 comments:

Post a Comment