Thursday, 28 April 2011

DARAH ‘O ‘

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.



 

Nasihat al-Qamah:

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."



 

Buang Saja!!!

" Buangkanlah rasa iri hati dari dalam dadamu terhadap orang lain. Tutupilah matamu dari kesenangan dunia. Sedarilah bahawa penderitaan adalah suatu pemberian yang sangat bernilai dan berharga. Sedarilah bahawa Allah menentukan setiap sesuatu"...


Thursday, 21 April 2011

Kisah Hati

1st click videoclip ni... kuar muke Remy... Fuh! Terpaku Aku... Encemnyer Dier Ni... Suke Dier Sangat2 :)



Wednesday, 20 April 2011

Hero Dashing

Aku Masa Iklan Ni Kuar... Mmg Terpaku Kejap Arr... Giler Encem Arr... Remy Dalam Iklan Ni... Bestnyer Kalau Aku Yang Jadi Perempuan Tue... Beg Duit Jatuh... Pastu Remy Yang Datang Kasi Balik... Ahaksss.... Adoi Laa Remy Oiii... Anda Buat Diri Ku Melayang-Layang... Hehehe...


Tuesday, 19 April 2011

OST Nur Kasih

Ohh Remy... Encemnyer Kamu.... Sukenyer aku kt dier ni...





Sunday, 17 April 2011

Kurus Ke????

Hahaha... Lawak2... mcm ni dierorang kate kurus??? byk baju aku dh xmuat... boleh member2 aku ckp aku dh kurus??? mimpi pe dierorang ni...


Saturday, 16 April 2011

Nie Pun Salah Satu Movie Yang Aku Tunggu.... Hero Ku Forever... Dari Aku Kecik Sampai Laaa Skarang... Ahmad Azhar Othman.... Yang Lebih Dikenali Sebagai AWIE!!!!!!!!!!!


Thursday, 14 April 2011

~Sepi~

"Sepi itu sering mengisi ruang jiwa, dan sesekali jenaka sepi itu membuatkan aku tersenyum sendiri. Terasa ingin ketawa untuk melepaskan segala duka lara yang sudah lama terpendam didalam ruang yang paling gelap dihati..."



HIDUP kita di dunia ini tidak lebih pengembara yang sedang berteduh di bawah naungan sebatang pokok di tengah padang pasir yang terbentang luas. Selepas itu kita akan berlalu meninggalkannya.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Hidup aku di dunia ini diibaratkan pengembara di atas kenderaan, kemudian berhenti berteduh di bawah pokok yang rendang, kemudian aku berlalu."


Kita menikmati kehidupan di dunia ini juga tidak lebih daripada untuk menghadapi ujian Allah, yang dapat mengukur sejauh mana tahap ketakwaan kita terhadap Allah bukannya semata-mata berseronok.

Jika tidak diuji dengan pelbagai cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara tidak diingini oleh nafsu manusia, sudah tentu kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertakwa.

Ada orang mengatakan kekayaan itulah matlamat hidup di dunia tetapi ia tidak benar kerana kekayaan tidak dapat melahirkan kesejahteraan. Kadangkala harta kekayaan lesap dalam waktu yang singkat.

Sekiranya ada orang mengatakan kecantikan adalah matlamat hidupnya, itu juga salah, kerana kecantikan akan pudar apabila sampai waktunya.

Jika pangkat, darjat dan pengaruhnya boleh mencapai matlamat hidupnya, ia juga salah, kerana ia tidak kekal, ada turun naik, malah boleh lenyap.

Hakikatnya, yang kekal abadi dalam hidup kita di dunia ini ialah keredaan Allah. Justeru, fahamilah hidup kita di dunia ini ialah sementara saja dan akhirat juga yang kekal selama-lamanya.

Justeru, dalam mengejar dunia, berpada-padalah dan jangan sampai bekal untuk kehidupan di akhirat keciciran.

Wednesday, 13 April 2011

Movie CUN

Best crite ni... ohh Remy Ishak... anda sgt2 encem... pandai betul ckp utara.. i like!!!

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan
anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang
suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini
adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada." 


Jangan Munafik

Maksud Hadis Rasulullah SAW :

“Ada empat perkara apabila dilakukan, maka ia adalah seorang munafik yang tulin. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya. (Empat perkara itu ialah), apabila bercakap ia dusta, apabila diberi kepercayaan, ia khianat. Apabila berjanji ia mungkiri, dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang basah).

(Hadis Riwayat Ahmad) 

~Ratu Ku~

Pesanan Buat Insan Yang Bergelar Perempuan...


Nur Kasih The Movie

Tak Sabar Nak Tgk Movie Ni.. Hero Pujaan Hati Ku Remy Ishak Berlakon....


Tuesday, 12 April 2011

~Ketenangan Jiwa~

Bila kau letih dan hilang semangat ALLAH tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya...

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan ALLAh telah mengira titisan air matamu...

Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu ALLAH sentiasa disisimu...

Bila kau letih mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan ALLAH ada jalan penyelesaiannya...

Bila tiada yang bererti buatmu keliru dan kecewa ALLAH ada jawapannya..