Kita sering dengar ramai yang berkata segala-galanya perlukan duit tetapi duit bukanlan keperluan untuk segalanya. Ramai orang berlumba-lumba mencari dan mengumpulkan harta demi mencapai impian memiliki kemewahan dan kemasyhuran dan tidak kurang juga yang mencari demi memenuhi keperluan dan sebagai bekalan kepada siapa yang hendak diwariskan. Seperkara yang perlu diingatkan bahawa harta boleh dijadikan bekalan ke syurga dan boleh juga menjadi pendorong ke neraka.
Menyedari hakikat inilah, Abu Darda,’ seorang sahabat Rasulullah SAW pernah mengingatkan sahabatnya yang lain dengan maksud daripada kata-katanya seperti berikut:-
… Tidak satupun harta kekayaan yang kamu miliki melainkan sudah ada orang lain yang memilikinya sebelum kamu dan akan terus ada orang lain yang akan memilikinya selepas peninggalan kamu. Sebenarnya apa yang kamu miliki dari dunia hanyalah sekadar yang kamu telah manfaatkan buat dirimu. Maka utamakanlahnya untuk (kebaikan)orang yang kamu kumpulkan harta itu iaitu anak-anakmu yang bakal mewarisimu, kerana dalam mengumpulkan harta itu kamu akan memberikannya kepada salah satu daripada dua yang berikut:-
1.Ada kalanya kepada anak yang soleh yang menggunakannya untuk mentaati Allah, maka ia berbahagia atas segala penderitaanmu;dan
2.Ada kalanya pula kepada anak yang derhaka yang menggunakannya untuk maksiat kepada Allah, maka engkau lebih celaka lagi dengan harta yang kamu kumpulkan itu.
.... Maka percayakanlah nasib mereka kepada rezeki yang ada pada Allah dan selamatkanlah dirimu.....
Justeru, dalam masa kita sibuk dan disibukkan mencari harta dan kekayaan untuk diwariskan kepada yang akan ditinggalkan, jangan sekali-kali dilanggar segala batasan yang telah digariskan oleh Islam semoga kembalinya kita nanti dalam keridhaan Tuhan Rabbul `Alamin...
0 comments:
Post a Comment